Brandon Rogers – Doktor Tampan Bersuara Emas Terbunuh Ketika Pulang Dari Uji Bakat America’s Got Talent 2017

Kematian adalah sesuatu yang sungguh akan pasti terjadi, namun tidak diketahui bila dan bagaimana ia akan datang menjemput.
Di Amerika Syarikat, seorang peserta uji bakat siri realiti TV, America’s Got Talent 2017 mempersembahkan bakatnya untuk menyanyi di hadapan para juri dan ribuan penonton yang hadir.
Brandon Rogers seorang yang memiliki perwatakan menarik dengan wajah yang tampan serta memiliki kerjaya sebagai seorang doktor.
Simon Cowel memberitahu kepada Brandon bahawa tidak ada doktor yang berminat dengan uji bakat seperti AGT 2017, dan jawapan Brandon sungguh mudah iaitu dia ingin jadi yang pertama.
Jika dilihat dari penampilan seakan dia cuma seorang remaja biasa tetapi sebenarnya dia telahpun berusia 29 tahun, dan ketika dia mula menyanyikan lagu penonton bertepuk gemuruh kerana ternyata Brandon memiliki suara emas.


Selesai mempersembahkan bakatnya, kesemua juri bangun berdiri kerana merasa kagum dengan bakatnya.
Mendapat pujian yang sungguh positif dari juri serta mendapat 4 Yes dari mereka membolehkan Brandon meneruskan cabaran ke pusingan seterusnya.
Ketika pulang dari uji bakat, Brandon, dan dua rakannya memandu pulang ke rumah yang kereta dipandu oleh rakannya yang mana telah terbabas dan melanggar sebatang pokok, serta kedua mereka (Brandon dan seorang lagi penumpang) terhumban keluar dari kereta tersebut.
Berdasarkan laporan polis, pemandu tersebut dan seorang lagi penumpang terselamat manakala Brandon meninggal dunia kerana kecederaan yang dialaminya.
Pemandu tersebut juga dilaporkan negatif dari dadah dan alkohol, tetapi dia tertidur kerana terlalu keletihan kerana bekerja lebih masa.
Brandon terlibat dengan kemalangan yang meragut nyawa itu pada 11 Jun lepas, dan pihak AGT 2017 masih keliru dengan pertimbangan menayangkan uji bakat pada hari dia meninggal dunia itu, tetapi atas permintaan keluarganya akhirnya scene tersebut diterbitkan dengan alasan sebagai untuk didedikasikan kepada Doktor Brandon Rogers.
Genap sebulan (11/7/2017) akhirnya video tersebut ditayangkan dan sedang viral ketika ini.

Comments