Dubai: Road and Transport Authority (RTA) akan menjalankan ujian pengangkutan teksi udara pada hujung tahun ini.
RTA menjalankan ujian pengangkutan yang dinamakan Autonomous Air Taxi (AAT) supaya ianya menjamin keselamatan kepada semua pengangkutan.
RTA juga mengumumkan kerjasama bersama syarikat Jerman, VOLOCOPTER, sebuah syarikat yang specialize dalam mengeluarkan pengangkutan teksi udara.
Ianya merupakan pengangkutan automatik/autopilot yang boleh membawa dua penumpang.
Ujian pengangkutan udara teksi yang mampu membawa dua penumpang telahpun diluluskan oleh HH Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum, Perdana Menteri UAE dan Raja di Dubai untuk menjadikan Dubai sebagai sebuah negara yang paling canggih di dunia.
Ianya juga merupakan langkah Dubai’s Smart Autonomous Mobility Strategy untuk merealisasikan pengangkutan automatik di Dubai pada tahun 2030.
Seperti yang dikatakan awal tadi, AAT merupakan sebuah pengangkutan automatik dimana ianya tidak memerlukan manusia untuk mengawalnya.
Apa yang menarik lagi tentang Dubai Air Taxi ini adalah ianya datang dengan design interior yang luxury, environment friendly kerana ianya menggunakan elektrik dan tidak bising.
Cruise speed ia pula dari 50km sehingga 100km sejam dimana ianya menjanjikan perjalanan penumpang paling lama akan mengambil masa selama 30 minit.
Comments
Post a Comment